Monday, 24 December 2012

Banjir Di Kuantan 2012


Beberapa kawasan di Pantai Timur ditenggelami banjir ekoran hujan yang berterusan selama beberapa jam sejak semalam. Bandar Kuantan, Pahang tidak terkecuali apabila dilanda banjir akibat hujan berterusan selama 13 jam.

Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk. Keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi.

Antara jalan-jalan yang dilaporkan teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad, Jalan Beserah dan persimpangan lampu isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM).

Aktiviti harian orang ramai turut terjejas apabila kawasan pusat tumpuan orang ramai yang seperti di Jalan Tun Ismail khususnya sekitar kompleks membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan turut dinaiki air.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan banjir yang berlaku di bandar Kuantan.






Tuesday, 23 October 2012

koleksi ku

lagi 3 hari lagi menjelang hari raya aidiladha 26 oct 2012, time sedang sibuk mengemas rumah...terperasan alek medal2 dlm almari...alhmdulillah..semua masih dlm keadaan baek..nie la medal yg berjaya di peroleh sejak tahun 2001 sehingga 2012...dlm kenangan...=)



Saturday, 16 June 2012

10 JENIS LELAKI YANG WAJIB DIJAUHI WANITA



1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Ke mana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. Kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

Saturday, 5 May 2012

Mahasisiwi Gemilang UTHM 2011 sempena mlm anugerah pelajar 2011

Malam Anugerah Pelajar 2011

tarikh : 4 Mei 2012
tempat : Dewan DTII, UTHM

Alhamdulillah, berakhir sudah Malam Anugerah Pelajar 2011 anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar mlm td. Saya terpilih utk menerima anugerah Mahasiswi Gemilang UTHM (akademik & kokurikulum). Alhamdulillah..semua berkat doa dan usaha yg telah diberikan. terima kasih pada keluarga, dekan fkee,pensyarah2, en ismade selaku manager track n field uthm, kelab kejuruteraan elektrik, dan rakan2..tq sume...semoga kejayaan yg diperoleh akan di jadikan sbg batu loncatan utk lebih cemerlang lagi pada masa akan dtg...insyaAllah..amien...=)







Montaj Short Film for MPG UTHM FKEE BEE ex-dip 09/10 "Kisah Hidup Aku".mp4

Grand Opening Video for MPG FKEE BEE ex-dip 09/10 UTHM (MC GIMIK).mp4

Friday, 4 May 2012

Malam Gala Pra Graduan (MPG) 2012

tarikh : 27 April 2012 (Jumaat)
tempat : Hotel Katerina, Batu Pahat

Alhamdulillah..pada minggu lalu telah berlangsungnya Malam Gala Pra Graduan (MPG) 2012 utk pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan elektrik (FKEE) UTHM Johor. majlis dirasmikan oleh Dekan FKEE, Prof Haji Ayob bin Johari. Ia telah memberi 1001 kenangan kepada yang terlibat secara langsung mahupon secara tidak langsung.  Saya jugak telah diberi kepercayaan utk menyanyikan lagu 3 suara (beribu sesalan) dan lagu sempurna sebgai acara kemuncak majlis.  Majlis berakhir dgn sesi fotografi dan bersurai pada jam 12 mlm. Disini di sertakan gambar2 ketika majlis berlangsung.tahniah n gudluck pada semua yg terlibat..=)..







Sunday, 22 April 2012

kilauan permata 2012



tarikh : 22 April 2012
tempat : UTHM

Alhamdulilah, selesai sudah pertandingan nyanyian kilauan emas anjuran KKTF UTHM.  Terdapat 13 peserta yang mnyertai di peringkat saringan.  5 telah berjaya ke final. nie merupakan video yang sempat di rakam ketika pertandingan berlangsung. enjoy it..=)


Thursday, 22 March 2012

Rahsia Tarikh lahir

Cara pengiraan tarikh lahir

Contoh :

20 April 1988
20 + 4 + 1988 = 2012
2 + 0 + 1 + 2 = 5

No yg terhasil adalah 5, apakah maksud di sebalik no ini??











p/s : Nie just sebagai hiburan semata-mata...if ade yang same..mungkin scara kebetulan shaja..=)

Saturday, 10 March 2012

Pongal Festival_10 March 2012

Slm satu Malaysia...

Semalam, 10 march 2012...berlangsungnye pongal festival di dataran penyu UTHM...pihak FKEE juga di jemput termasuk Majlis Tertinggi KKE..Rmai jugak peserta yang terlibat..pg2 lagi dh kne hidupkan api utk masak nasi manis..haha...yg klakarnye...diowang tetap tambah bara api, even nasi 2 dh masak...kesannye..nasi 2 hangus..wakakaka..tp mmg seronok ar..mmg enjoy gile..papepon..nasi 2 ttp di makan jgk..=p...n then pertandingan menyulam, mlukis inai n memecahkan tembikar..aku lak kejenye asik snap pic...asik tergelak je..lawak abes tgk gelagat diowang nie..=p
 MT KKE n da geng
booth pendaftaran

 nasi manis yg dh pongal
 Hasilnya..nasi manis buatan sendiri
 try nasi manis buatan sendri..
 barisan VIP jemputan
 gmbar kenangan
pertandingan memecahkan tembikar

Monday, 20 February 2012

!ncredible !ndia_student mobility exchange programme(India) - Day 6


date : 9-14 November 2011
place : India

Day 5(Delhi - KL)
  • visit Qutab Minar
  • free activities around Karol Barg & enjoy shopping at local Emporium
  • Flight from Delhi to KL









!ncredible !ndia_student mobility exchange programme(India) - Day 5


date : 9-14 November 2011
place : India

Day 5(Delhi)
  • visit Humayun Tomb
  • visit local bazaar shopping & Lotus temple