Jika anda mengunjungi bandar Kuantan
pada bulan Ramadhan, ingin mencari bazar ramadhan, ingin berbuka puasa
bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang cukup-cukup santai
dan relaks seperti suasana berkelah, maka saya syorkan anda berbuka di Padang MPK yang terletak bersebelahan
dengan masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad Shah.
Padang ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di sekitar bandar Kuantan, malah juga dari luar bandar
Kuantan setiap kali bulan Ramadhan. Ia disebabkan oleh kedudukannya yang sangat strategik. Selain kawasannya yang sangat luas, bazar ramadhan dan masjid negeri
juga terletak
bersebelahan dengan padang ini, yang akan memudahkan orang ramai untuk
membeli juadah
berbuka, seterusnya menunaikan solat Maghrib selepas berbuka di padang
berkenaan. Maka, anda tidak perlu terkejar-kejar mencari masjid atau
surau selepas berbuka.
Deretan gerai-gerai bazar ramadhan yang boleh dilihat dalam gambar berikut memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum duduk di atas padang menunggu masuk waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
Tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan juga
rakan-rakan. Anda boleh saksikan sendiri ada yang membentangkan tikar. Tidak kurang mereka yang membawa juadah sendiri
dari rumah. Menjadikan suasana di sini tidak ubah seperti sebuah kawasan
perkelahan.
Amacam?! Seronok
kan?! Jadi kepada anda di luar sana yang ingin merasai suasana seperti
di atas, bolehlah mengunjungi Padang MPK tersebut.