Friday 23 September 2016

Sunday 4 September 2016

Merdeka 2016_poetry busking #warisan

Performance for poetry busking_erza

Venue : unit 23 kafe,Shah Alam
Date : 28 Aug 2016


Wednesday 17 August 2016

IEM ENGINEER RUN 2016

IEM ENGINEER RUN 2016 (CHAMPION WOMENS CATEGORY)

Date : 14 Aug 2016
Venue : university of Malaya






Sunday 14 July 2013

Kemeriahan suasana berbuka puasa di Padang MPK Kuantan

 
Jika anda mengunjungi bandar Kuantan pada bulan Ramadhan, ingin mencari bazar ramadhan, ingin berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang cukup-cukup santai dan relaks seperti suasana berkelah, maka saya syorkan anda berbuka di Padang MPK yang terletak bersebelahan dengan masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad Shah.
 
 
Padang ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di sekitar bandar Kuantan, malah juga dari luar bandar Kuantan setiap kali bulan Ramadhan. Ia disebabkan oleh kedudukannya yang sangat strategik. Selain kawasannya yang sangat luas, bazar ramadhan dan masjid negeri juga terletak bersebelahan dengan padang ini, yang akan memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka, seterusnya menunaikan solat Maghrib selepas berbuka di padang berkenaan. Maka, anda tidak perlu terkejar-kejar mencari masjid atau surau selepas berbuka.
 

Deretan gerai-gerai bazar ramadhan yang boleh dilihat dalam gambar berikut memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum duduk di atas padang menunggu masuk waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
Tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama  keluarga dan juga rakan-rakan. Anda boleh saksikan sendiri ada yang membentangkan tikar. Tidak kurang mereka yang membawa juadah sendiri dari rumah. Menjadikan suasana di sini tidak ubah seperti sebuah kawasan perkelahan.
 
 Amacam?! Seronok kan?! Jadi kepada anda di luar sana yang ingin merasai suasana seperti di atas, bolehlah mengunjungi Padang MPK tersebut.

Monday 24 December 2012

Banjir Di Kuantan 2012


Beberapa kawasan di Pantai Timur ditenggelami banjir ekoran hujan yang berterusan selama beberapa jam sejak semalam. Bandar Kuantan, Pahang tidak terkecuali apabila dilanda banjir akibat hujan berterusan selama 13 jam.

Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk. Keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi.

Antara jalan-jalan yang dilaporkan teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad, Jalan Beserah dan persimpangan lampu isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM).

Aktiviti harian orang ramai turut terjejas apabila kawasan pusat tumpuan orang ramai yang seperti di Jalan Tun Ismail khususnya sekitar kompleks membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan turut dinaiki air.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan banjir yang berlaku di bandar Kuantan.






Tuesday 23 October 2012

koleksi ku

lagi 3 hari lagi menjelang hari raya aidiladha 26 oct 2012, time sedang sibuk mengemas rumah...terperasan alek medal2 dlm almari...alhmdulillah..semua masih dlm keadaan baek..nie la medal yg berjaya di peroleh sejak tahun 2001 sehingga 2012...dlm kenangan...=)